Sabtu, 13 April 2019

Assalamualaikum, jumpa lagi dalam blog saya ni
assalamualaikum pada sahabat, jari ini jumpa semula blog saya yang lama merayau baru jumpa,  nanti tengok cerita dari saya

Ahad, 23 Februari 2014

masih kah kau ingat

lama dah tak jumpa kawan kitak dari batu 7 Kuching- namanya sama dengan namaku kerana dialah yang menjadi sahabat dan pelindungku semasa aku bertugas di kem semenggo Kuching sekitar tahun 1988-1990 - namanya yusop dan pakar main snooker

Khamis, 15 Mac 2012

hari ini aku terasa amat terasing dari masyarakat sekeliling ku mungkin atas sikap aku ataupun telah disuratkan oleh allah akan apa yang dikehendakinya yang akan berlaku kepada ku kerana aku percaya segala yang berlaku telah ditentukan. cuma aku bersyukur apa yang aku percaya akan berlaku akan berlaku kerana mengikut pengalaman hidup yang telah aku lalui selama 58 tahun telah aku rasai , bukan nak kata aku ni ahli nujum atau bomoh tapi itulah pengalaman hidup..................

Isnin, 20 Februari 2012

inilah gambar yang pertama yang diambil dalam tahun 1976 dan bermula kisah hidup ku bersama isteri ku yang tersayang dan kami telah bernikah pada 01 Okt 1976 semasa itu aku berkerja sebagai Pelayan Pejabat di JPT (sekarang JPS Batu Pahat) dan hiduplah keluargaku hingga keanak cucu hingga sekarang.

Selasa, 7 Februari 2012

ada kala aku merasa kesunyian walau pun umur ku sekarang ini telah melebihi setengah abad,lebih-lebih lagi aku sekarang ini seorang dirumah, isteri dan anakku seorang yang perempuan dan seorang lelaki telah keluar rumah dan menyewa tak jauh dari rumahku, aku tak pernah mengusir mereka tapi mereka cuba menjauhkan diri dari aku. ini adalah kerana keadaan keluarga yang telah dibina dari tahun 1976 rasanya akan berakhir tak berapa lama lagi. mungkin sikap aku yang membuatkan keluarga ku ingin melarikan diri dari aku, tapi apa yang aku ingat aku tidak pernah cuba memecah belah keluarga. mungkin aku tak bertanggung jawab menyara keluarga. anak-anak yang lain seramai 4 orang lagi telah menpunyai tanggung jawab sendiri dan yang 2 lagi masih dalam jagaan.tapi aku tetap aku dan prinsip aku tak boleh diambil sambil lewa. .kisah bermula pada 8 nob 2011 .....................................................hingga kini

Isnin, 6 Februari 2012

Fathurrahman dan Nur Sabrina
Moto ini aman hendak ...... harga RM2800 tunai
Belum boleh lagi.... lepas darjah 6 (UPSR)
Hari Thaipusam (Cuti) Bersantai di KIP Mart Segamat.
Semalam aku bawa anak bongsu ku bersantai di KIP Mart Segamat dari jam 1400 hingga jam 1515 selepas itu balik ke Gemas Baru dan melayan kerenah cucu ku Sabrina. semasa disana belikan charger kereta control aman, beli bun dan ABC rehat di kafetria KIP Mart. Aman hendak moto yang dia tengok, sambil minum dia bercakap nak minta abang dia yang sedang belayar untuk sponser moto tu.

Ahad, 5 Februari 2012

hari ini saya telah bersama-sama dengan kariah di tanah wakaf gemas baru untuk persiapan pengkebumian allahyarhamah puan normah ibu azizi, saya ucapkan takziah pada keluarga En Azizi dan ribuan terima kasih pada semua kariah yang telah bersama-sama sehingga selesai . Diharapkan fardu kifayah  ini akan berkekalan dan bagi generasi baru marilah bersama-sama belajar dan menghayati  cara-cara pengurusan jenazah .

Khamis, 2 Februari 2012

ingin mendapat komen, petang tadi jam 1700 saya telah membasuh  kereta kesayangan ku Proton Pesona 1.6 sewaktu itu hari hujan renyai-renyai. oleh itu saya fikir kalau basuh kereta sewaktu hari hujan lebih baik kerana tak ada habuk kering berterbangan atau pun basuh kereta sewaktu hari kering - mana yang agak berkesan pada pandangan kawan-kawan.

Rabu, 1 Februari 2012

pada 31 Jan 2012 aku telah terima BR1M sebanyak RM500.00 di-Dewan Orang Ramai Batu Anam Segamat yang telah di sampaikan oleh YB Dato Haji Othman bin Jais ADUN Buloh Kasap merangkap Speaker DUN Johor. apa yang ingin ku katakan disini adalah ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada kerajaan Malaysia dan kepimpinan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak atas daya kepimpinannya dan menteri-menteri dibawahnya yang telah berjaya dalam mentadbir kerajaan Malaysia dan dapat memperuntukan wang untuk diberi kepada seluruh rakyat yang berpendapatan isi rumah bawah RM3,000.00. Aku harap kerajaan akan terus memberi bantuan kepada rakyat untuk kesejahteraan rakyat yang mana kos sara hidup makin meningkat dari hari kehari.

Ahad, 29 Januari 2012



koleksi yang ada pada saya buatan saya sendiri. mata pisau adalah dari berbagai jenis besi - besi spring, papan chain saw, gergaji mesin balak,pisau toreh getah,mata beli (cop 222).

Jumaat, 20 Januari 2012

Koleksi ku

Pisau ini adalah koleksi yang saya buat sendiri kecuali yang berkepala singa yang dibawa oleh fadil para dari padang terap kedah. mula membuat pisau ini bermula sebelum Hari Raya Aidil-adha yang lalu (6 Nob 2011) sejak dari itu saya mula berminat membuat pisau dan parang. pisau-pisau yang dipamerkan diatas adalah untuk simpanan dan akan dihadiahkan pada anak-anak yang berminat.

Khamis, 19 Januari 2012

penat lelah

setelah mengharungi susah senang dalam perkhidmatan ATM selama 21 tahun dari tahun 1981 hingga 2002 (31 tahun yang lalu) inilah hasilnya, maka oleh itu saya berharap pada yang baru menceburi bidang ini hendaklah kamu semua bersabar dan tekun hingga penamat perkhidmatan kamu, semasa saya mula berkhidmat adalah amat susah dengan kehidupan masa kini yang amat mewah . walaupun begitu kesudahannya amat meyenangkan. hingga kini saya amat berbangga dengan perkhidmatan ini. walaupun kehidupan ini tidak senang tapi berbakti pada negara dan bangsa amatlah bertuah kerana ada yang tidak berpeluang untuk mencurahkan bakti pada negara dan bangsa.