Isnin, 20 Februari 2012
Selasa, 7 Februari 2012
ada kala aku merasa kesunyian walau pun umur ku sekarang ini telah melebihi setengah abad,lebih-lebih lagi aku sekarang ini seorang dirumah, isteri dan anakku seorang yang perempuan dan seorang lelaki telah keluar rumah dan menyewa tak jauh dari rumahku, aku tak pernah mengusir mereka tapi mereka cuba menjauhkan diri dari aku. ini adalah kerana keadaan keluarga yang telah dibina dari tahun 1976 rasanya akan berakhir tak berapa lama lagi. mungkin sikap aku yang membuatkan keluarga ku ingin melarikan diri dari aku, tapi apa yang aku ingat aku tidak pernah cuba memecah belah keluarga. mungkin aku tak bertanggung jawab menyara keluarga. anak-anak yang lain seramai 4 orang lagi telah menpunyai tanggung jawab sendiri dan yang 2 lagi masih dalam jagaan.tapi aku tetap aku dan prinsip aku tak boleh diambil sambil lewa. .kisah bermula pada 8 nob 2011 .....................................................hingga kini
Isnin, 6 Februari 2012
Fathurrahman dan Nur Sabrina |
Moto ini aman hendak ...... harga RM2800 tunai |
Belum boleh lagi.... lepas darjah 6 (UPSR) |
Semalam aku bawa anak bongsu ku bersantai di KIP Mart Segamat dari jam 1400 hingga jam 1515 selepas itu balik ke Gemas Baru dan melayan kerenah cucu ku Sabrina. semasa disana belikan charger kereta control aman, beli bun dan ABC rehat di kafetria KIP Mart. Aman hendak moto yang dia tengok, sambil minum dia bercakap nak minta abang dia yang sedang belayar untuk sponser moto tu.
Ahad, 5 Februari 2012
hari ini saya telah bersama-sama dengan kariah di tanah wakaf gemas baru untuk persiapan pengkebumian allahyarhamah puan normah ibu azizi, saya ucapkan takziah pada keluarga En Azizi dan ribuan terima kasih pada semua kariah yang telah bersama-sama sehingga selesai . Diharapkan fardu kifayah ini akan berkekalan dan bagi generasi baru marilah bersama-sama belajar dan menghayati cara-cara pengurusan jenazah .
Khamis, 2 Februari 2012
ingin mendapat komen, petang tadi jam 1700 saya telah membasuh kereta kesayangan ku Proton Pesona 1.6 sewaktu itu hari hujan renyai-renyai. oleh itu saya fikir kalau basuh kereta sewaktu hari hujan lebih baik kerana tak ada habuk kering berterbangan atau pun basuh kereta sewaktu hari kering - mana yang agak berkesan pada pandangan kawan-kawan.
Rabu, 1 Februari 2012
pada 31 Jan 2012 aku telah terima BR1M sebanyak RM500.00 di-Dewan Orang Ramai Batu Anam Segamat yang telah di sampaikan oleh YB Dato Haji Othman bin Jais ADUN Buloh Kasap merangkap Speaker DUN Johor. apa yang ingin ku katakan disini adalah ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada kerajaan Malaysia dan kepimpinan Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak atas daya kepimpinannya dan menteri-menteri dibawahnya yang telah berjaya dalam mentadbir kerajaan Malaysia dan dapat memperuntukan wang untuk diberi kepada seluruh rakyat yang berpendapatan isi rumah bawah RM3,000.00. Aku harap kerajaan akan terus memberi bantuan kepada rakyat untuk kesejahteraan rakyat yang mana kos sara hidup makin meningkat dari hari kehari.
Langgan:
Catatan (Atom)